
Kedatangan Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana ganjaran pahala berlipat ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas. Justeru, sebagai umat islam sangatlah rugi jika kita semua tidak merebut peluang ini untuk menggandakan amalan dan kebaikan sepanjang bulan yang penuh barakah ini.
Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru: ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.”
(HR At-Tirmidzi)
Sepanjang bulan Ramadan ini, rebutlah amalan-amalan yang boleh dilakukan demi mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. Antara amalan yang sangat dituntut khas di bulan Ramadhan ini adalah dengan menjamu orang berbuka puasa.
Mari sumbangkan juadah berbuka puasa kepada orang-orang susah di kota suci Mekah Ramadan ini bersama Persada Global. Semoga sumbangan anda dapat membantu mereka yang susah ini merasai kenikmatan berbuka puasa.